Sunday, October 25, 2009

Perihal Rumah Baru

Mood N adalah ke laut sejak dari smlm (sabtu) mungkin berpunca dari tekanan kerana exam akan menjelang tiba tiada tekanan kalu N study awal sebenarnya

Sudah 2 hari N meluangkan masa selama 10jam iaitu 5 jam sehari termasuk makan ,minum dgr radio, curi tidor mengulangkaji pelajaran. Mmg N berharap agar dapat menamatkan pengajian awal dan memilih untuk pencen awal menjadi WAHM kununnya.

Hari ini ( ahad ) mood adalah sdikit berubah. Setelah mengulangkaji pelajaran pada paginya, Sebelah petang N mendapat jemputan dari rakan ofis yg agak akrab. owh...lupa untuk N nyatakan yang 99% di department N adalah lelaki. Akrab di sini bukanlah bermaksud intim yer. Akrab bermaksud susah senang slalu dikongsi bersama. Cik Mat namanya. Bukan nama sbenarnya. Cik Mat mempunyai seorang isteri yang cantik dan lemah lembut. Cik Wan ( bukan nama sbenar. Seorang guru.

Sbetulnya agak lama juga N kenal kepada pasangan ini. Malah papa & mama N pun knal sbb dah nama pun dari cik siti wan kembang maka mmg akrab lah jadinya. Cik Mat & Cik Wan mengadakan jemputan sempena memasuki rumah yang baru didiaminya. di presint 14. Bukanlah rumah sendiri tapi cik mat cukup bersyukur dgn apa yg ada. Ditambah pula cik wan yang akan melahirkan anak kedua pada tahun baru 2010 nanti.

Cik Mat bercerita, letihnya bukan kepalang apabila memasuki rumah baru. N sendiri mengerti bagaimana rasanya memasuki rumah baru. Rumah yg N diami skrg di beli ketika tahun kedua N bekerja dan masih bujang. Bukan mudah hendak membeli sebuah rmh. Sudah 3 tahun N mendiami rumah ini. Sblm ini berulang dari gombak dan tgal menyewa di Intana Ria bangi. Hanya keluarga dan adik beradik sahaja yg tahu betapa jerih dan payahnya hendak hidup seperti skrg.

Mama N la yg byk berkorban. Sdih kalau N nk ceritakan. N bukanlah datang dari keluarga yg senang lenang. Ada juga rakan taulan yang N kenal susur galurnya bukan dari keluarga yang senang. Tapi xperlulah nak berlagak sombong dan bermuka-muka dihadapan org lain. Mmg meluat N tgk.

Kembali bercerita perihal rumah baru, ada juga diantara kenalan N yang belum pun memasuki rumah baru sudah berangan-angan mahu membeli perabut dari ikea, cavenzi dan mungkin Lorenzo. Apa salahnya kalau ada duit lbh dan mampu. X kurang pula yang jenis bermuka-muka bercerita sana-sini perihal rumah baru tetapi tatkala perabot mengharapkan ihsan saudara-mara, sepupu sepapat, ipar duai. Malu rasanya bila gah bercerita. Xkanlah katil tempat tidur sdiri pun nk mengharapkan saudara-mara, spupu spapat, ipar duai yang derma sedangkan dipukul canang satu utara pun tahu berjawatan besar di Kuala Lumpur.

Cukup-cukuplah. Jgnkan tgk, intai-intai lah diri sendiri. Belajar-belajarlah berdikari dan susah sdiri. Apalah guna berumah-tangga, membina serta membela keluarga sdiri jika tiada sudahnya menghubungi mak ayah di kampung mengharapkan itu ini dan mengadu sana sini.

Kepada si suami, anda adalah ketua keluarga dan tanggungjawab adalah dibahu anda skrg pandai-pandailah anda mengatur kehidupan sendiri. Kepada si isteri pula, cukup-cukuplah bermuka-muka kerana N tahu dan kenal siapa anda. Bersikap matanglah. Jgn ingat semua benda yang anda mahu boleh di dapati dgn mudah tanpa perlu bersusah payah. Xkanlah nak membasuh rumah yang anda nak diami pun mengharapkan sedara - mara, sepupu sepapat serta ipar duai yang nak buat. Sebagai contoh.

Cuma yang boleh N ingatkan, diam bukanlah bermakna bodoh dan tidak berperasaan kerana diam itu kadangkala terpendam sesuatu yang lama tersimpan dan akan N luahkan melalui perbuatan.

p/s : entry ini tidak ada kena mengena dgn follower serta pembaca blog saya yang setia. Ini adalah luahan perasaan semata-mata. :)!

2 comments:

MaMaSyAzA said...

luahkan...memang kita perlu meluahkan segala apa yg ada difikiran kita dan apa yg terbuku dihati kita...

Nuroll said...

sdihlah kak,

bila time kita susah jgnkan pandang tolong pun tidak...xmalu betul....