Actually i pun dh lupa mana i dpt resepi ni....
rasa dlm taste.au kot....but this recipe is super simple, Ameer ngan Aliff mmg sgt suka....bertambah dorg mkn kalau i buat ni....
before this i guna siakap. Sedap jugak, Guna Ikan Merah, lg lah sedap meletop tebabowww.....hahahaha!!! haruslah masuk bakul angkat sendiri....kalau kita xpuji siapa lg ye dop?
Ok ....bahan-bahannya ialah....
Ikan...
1 ekor ikan merah sederhana besar. Kalau nk besar pun boleh....boleh ajak jiran2 skali....hahahaha!!
Beberapa helai Daun Limau Purut.
Serai 3 Batang
Sedikit Garam
Sedikit Lada Hitam
Minyak Bijan ( option je niee....tp bila msk ikan i mmg sapu minyak bijan skit....tanning effect gitewww...)
Bahan Kuah
5 ulas bawang putih ( dipotong halus )
Sedikit Halia Disagat
2 -3 biji perahan limau
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar kicap soya cair
Sedikit air masak ( untuk mencairkan kuah )
bahan Hiasan
Beberapa biji tomato cherry dipotong 2
Daun ketumbar ( I mmg tabur habis coz kitaorg mmg suka cilantro!!)
Cara-cara penyediaan IKAN
1- Ikan merah dibasuh bersih dan dilap kering. Alaskan dulang pembakar dgn baking paper.
2 - Masukkan serai dan daun limau purut yg telah dihiris ke bahagian kepala serta area2 dalaman.
3- Perasan dgn garam, lada hitam & minyak bijan di kedua2 bahagian ikan.
4 - Bakar ikan pada suhu 200 darjah selama 20-30 min.
Cara-Cara Penyediaan KUAH
1- Sediakan bekas, campurkan sos cili, bwg putih, sos ikan , halia, kicap soya cair,
2- Campurkan jus limau & Kacau hingga sebati.
3 - Tambah sedikit air masak jika perlu bg mencairkan kuah.
Setelah ikan siap dimasak di dalam pembakar, Letakkan ikan didalam pinggan & tuangkan kuah ke atas ikan tersebut.
Hiaskan dengan tomato & taburkan daun ketumbar & sedia dihidang!!!
Mmg byk giler cilantro k....tapi uolss boleh ltk seberapa byk yg korang suker mengikut selera masing2....
Resepi ni sgt mudah & menyihatkan....
xamik masa yg lama pun....
Selamat mencoba!!!
kalau i jumpa the link i'll put it here k!!
xoxoxoxoxo!!!
0 comments:
Post a Comment